Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, April 30, 2013

♥ S.u.r.p.r.i.s.E ♥

Assalamualaikum dan selamat malam semua. . 

Dah beberapa hari Scya meninggalkan belog. Banyak sangat cerita nak di kongsi bersama. TERUJA . Ahaks. . Tapi tak berkesempatan sebab seriously memang BZ. Dengan bisnes SHAKLEE yang makin hari alhamdulillah semakin memberansangkan. Syukur. . ♥ Rezeki baby ♥

Firstly, Scya nak bagitahu yang adik Scya y selama ni study nurse kat Perak sudah pun dipanggil berkhidmat. Rezeki dia posting awal dari kakaknye. .kikiki. .So kalau ikutkan harini adalah hari pertama beliau beliau berkhidmat di Hospital Seremban, N9. .Gudluck babeh. . Syiokler kamu tak lama lagi merasa duit gaji yer. .hukhukhuk . .wink wink wink
 ( InshaaAllah masa saya juga akan tiba , enjoy dulu dgn kehidupan sekarang )

Seterusnya semalam g check up kt private clinic. My baby y shomel2 ni dah pun 21 weeks 4 days dengan berat beliau 417g. . And yang paling mengejutkan, Dr cakap ' tu tengok bebird dierrr'. 95% boboy~. wahh. .anak mummy ni boboy kerrrrrrrr. . .Selama ni duk panggil dia Arissa. . oh Arissa. .Siap dah sediakan nama untuk dia dah sebab ikut gerak hati sendirik gegirl. .aiyoo. Patutler nendang bukan main lagi. . Tak jadi la pakai nama Arissa Khayla binti Kairul Azhar. (JANGAN TIRUKKK) .kuikuikui. .  So ape lagi, balik umah tergolek terlentang carik nama yang best2 untuk boboy pulak. .sobsobsob. . Husband cakap dia suka sangat dengan UWAIS yang bermaksud pemberian. Just nak carik nama yang sesuai untuk dipadankan dengan nama UWAIS tu je. Ape lagi , mamanyer memang suka sangat bab nama ni. Cari punya carik, akhirnya. . ---> Ahmad Aqil Uwais bin Kairul Azhar. ok tak? Nanti leh panggil wise = patuh . .waahhh~ bukan main pasang angan-angan. . hahaha. . .

Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga selamanya InshaaAllah  ♥

Wednesday, April 17, 2013

Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. .

Bila hati mengikat janji, aku yakin bahawa kaulah yang terbaik untukku.
Walau lama mana pun masa itu, walau jauh jarak memisahkan kita,
Kau tiada galang gantinya, tiada dua, tiada tiga. hanya kau yang satu

Hati mula rindu walaupun baru jam 3 tadi dia keluar dari rumah, tugas, siapa mampu menolaknya. Aku redha, aku pasrah walaupun badan rasa lemah. Kesan segelas air gula di klinik kesihatan tadi nampaknya mulai memberi impak. Berteguk-teguk air kosong ku telan untuk mengurangkan rasa tidak selesa itu. Hanya menghantar pemergiannya dengan ekor mata sahaja. Belum sempat dia membuka pintu, terusku bingkas bangun menuju ke arahnya. Sedih. Dan dia seakan memahami perasaanku. Jam tika itu baru menunjukkan pukul 2.30 petang. masih ada sedikit masa lagi untuk kami berbual-bual menghabiskan masa bersama seperti biasa. Hati sedikit lega. Dan amat berterima kasih  kepadanya kerana mengejutkan aku dari lena. 

Itulah rutinku sehari-harian. Menunggu kepulangan suamiku setiap hari. Maklumlah anggota, hanya berpangkat biasa, tetapi aku bangga dengannya. bukan kerana apa-apa. Hanya kerana aku isterinya. Dia suamiku. Dalam hati, aku sentiasa berdoa semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga. 

Terimbas kenangan dua tahun yang lepas, selepas perkahwinan, yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mengajar aku untuk berdiri di bumi yang nyata. Aku mulai memahami apakah erti kehidupan. Siapa aku sebenar. Suamiku adalah sahabat terbaikku. Dikala susah senang, dia tetap berdiri teguh denganku. Disaat aku tersasar dia sentiasa bersamaku, memimpin tanganku.Daripada duduk bersila dilantai, tidur beralaskan lengan berlapikkan toto nipis, sehinggalah kini walaupun tidaklah sesenang mana, nasib kami mulai berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. berkat sabar dan tenangnya kami berdua. Alhamdulillah. 

Selalunya sebelum tidur, si dia akan bersamaku, search berkaitan perkembangan bayi kami di dalam kandungan. Sambil menggosok perutku yang semakin menongkah langit, si dia akan berbual-bual dengan si kecik dalam perut. Syukur Ya Allah kerana aku dikurniakan insan-insan yang membahagiakan. Syukur Ya Allah. Jauhkanlah segala musibah, lindungilah keaiban kami sekeluarga, bukakanlah segala pintu rezeki buat kami, jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu.

Kini bayi dalam kandungan sudah mencecah 18 minggu  5 hari. Perut mulai rasa kesan tendangannya. Teruja. Siang tadi pun semasa check up di klinik kesihatan, aku diperdengarkan alunan yang amat mengasyikkan, degup jantungnya. laju, sayangnya suamiku tidak dibenarkan masuk. Tak mengapalah. . mungkin di lain masa, jika diizinkan, rezeki berlebih, bulan 5 ni kita check up di private clinic, kan. . Tidak sabar menanti saat kelahirannya. InshaaAllah. Semoga dia menjadi anak kebanggaan kami suami isteri. InshaaAllah.

♥

Monday, April 8, 2013

Baby Oh Baby

Hye peeps. . Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menikmati segala nikmat dunia, menikmati segala kebahagiaan dengan yang tersayang. Harini dah 8 April 2013 dah pun, sekejap je masa berlalu. Diam tak diam dah lebih kurang 4 bulan menganggur daripada sebarang pekerjaan. Diam tak diam juga kandungan kini sudah mencecah 17 minggu, nak masuk ke 18 minggu. Alhamdulillah. Lihat, rezeki Allah, datang dalam pelbagai bentuk. Selain usaha, doa & tawakal, kita juga kenalah belajar untuk bersyukur kerana terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan kepada kita tanpa kita sedar. Alhamdulillah juga, rezeki dengan SHAKLEE semakin rancak. Syukur kerana atas kepercayaan customer, & harga yang Scya tawarkan berbaloi-baloi. Rezeki anak . Walaupun untung runcit tak banyak mana, tapi Scya hanya pentingkan kepercayaan & kepercayaan. Bila seseorang dapat manfaat dengan apa yang kita kongsikan, indah bukan perasaan tersebut. Alhamdulillah. .

Baby Oh Baby,
Bermula minggu ni, kami suami isteri dah pun mula membeli, survey2 barang baby. Biarlah orang kata tak elok beli awal ke apa, Kami lebih memahami situasi kewangan kami. maklumlah suami menanggung seorang. Sekurang-kurangnya beli awal sikit-sikit taklah terasa sangat. . Hehe. Bulan 5 ni nak konvo selama 3 hari di Putrajaya, banyak fulus yang bakal dikeluarkan, nak sewa jubah lagi, gambar, homestay, makan & sebagainya. Bulan 6 InshaaAllah bakal dipostingkan. Wahhh, kemana la agaknya diriku bersama bayi bakal di postingkan. Semoga dipermudahkan urusan kami. 3 bulan tanpa gaji tuuuuu. . Huhu. . Rumah, makan, segala macam. . Huhu. . Bulan 8 pula raya di Perak, nampaknya turn raya kali ni sebelah suami. Huhuhu. . Kalau ikutkan perbelanjaan tahun ni betul-betul lumayan . . :) Tapi saya yakin, kami suami isteri dapat tempuh cabaran ringan ini. InshaaAllah. So amik keputusan, grab sket-sket barang baby. Tadaaaaaaa. . Lihatlah penemuan pertama kami. .

comel tak?


Comel tak? Tilam baby. Kebetulan semalam jenjalan di bandar Raub, husband terjumpa tilam ni, lebih murah daripada tempat2 lain. Just RM99 je. Anak first kan. So ambik jerla, layan mood. Memang syiokk. .

Baby mummy & daddy, Hope the best for u, membesar dengan sihat & cergas ye sayang. Jadi anak kebanggaan kami nanti di dunia & akhirat. InshaaAllah amiin. .


K lah maybe sampai sini dulu entry untuk kali ni. Hujan lebat. seram lak nak melayan perasaan. Takut guruh. . hihihi

Bye2 Assalamualaikum 

Monday, April 1, 2013

Rahsia Kecantikan Wanita

Petikan dari Utusan On9 2007:

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Dulu ingat lagi masa zaman sekolah menengah, bukan main seronok lagi sang jerawat tumbuh di muka tanpa rasa malu. Tapi, bila usia dah up sikit si jeragat pulak yang tak segan silu bertandang. huhu..Kulit ni bukan satu isu yang remeh terutamanya bagi wanita, biasalah bab2 kecantikan ni wanita memang lebih sensitif berbanding lelaki. Bagi yang masih 'single and available' lagi lah risau kan bila kulit bermasalah. Scya sendiri tidak lari dari masalah kulit nie. . ada masa membiak2 pulak jerawat. . sakit benau hati nie. .Scya juga mengaku merupakan antara kaki beli bahan2 kosmetik yang menjanjikan kulit bersih dari sang 'J' . haishh~Kurang membantu juga, kalau ade pon effectnye sekejap aje.. bila terputus stok, bukan main gembira lagi si 'J' ni membiak. . (-____-'')

jadi kali ni Scya nk share tentang Vitamin yang boleh membantu kulit mulus .Pernah dengar, 'Kecantikan Sebenar Datang dari Dalam'? Apa yang kita makan, itu yang akan memberi kesan pada kesihatan, kecantikan kulit kita. Sebab tu la, pengambilan vitamin penting dalam diet harian. 

Set Kulit yang The BEST

TERBUKTI antara sebab ESP SHAKLEE sangat laris kerana mengandung protein rendah dengan indeks glisemik dan sgt penting utk pembentukan sel yang sihat)

PERHATIAN JUGA!!. . Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.

Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.

Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

KALAU NAK TAHU, our vitamin E from SHAKLEE is natural and complete with selenium which help vitamin E to work at optimum level)

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

KALAU NAK TAHU LAGI, kami ada Omega Guard.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Kami ada GLA ♥

Jika anda inginkan kulit yang bebas masalah,fair & flawless boleh lah mengamalkan makanan yang mengandung vitamin2 A, C, E, Zinc, GLA, protein. tapi bukan senang kan? Apakata cuba set kecantikan (vitamin) yang betul dari SHAKLEE sendiri yang terdiri daripada Vit E, B-Complex, GLA & ESP. . In Shaa Allah, anda akan mengalami perubahan sepertimana yang diidam-idamkan. .♥

sebarang pertanyaan, boleh hubungi Scya ya. .TQ :)

  These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Page       : CHANTEQUEbymommygojess 
FB           : Nurul Kairul
Whatsapp: 0129907049
 

Coret-Coretan:

 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen


Sunday, March 31, 2013

Dulu berdua, Kini bertiga. . INDAH kan [♥]

Hye peeps. .Assalamualaikum, Selamat pagi. . 

KAMI
 
Jam kini dah menunjukkan pukul 1.45 a.m. . . Mata masih terkebil-kebil. . Menikmati nikmat hidup yang ada. Sejuk dingin pagi. .  Haha [sigh] . . . Agak lama actually, aku tak berblogwalking, apatah lagi nak hupdate belog sendirik. . Malas maybe, tak idea pun ye jugak, anyway, pagi ni InshaaAllah, nak bukak buku baru . . Nak rerajin hupdate, orang baru dalam hidup kami berdua pun nampaknya menunjukkan progress yang positif, dah tak ganggu mummy dia dengan morning sickness yang giler2 teruk. .  Aduhai ♥  Tapi, itulah nikmat mengandung kan. . Im proud to be mummy ♥ yeah yeah

Bukan senang nak jadi senang. . Istilah yang paling sesuai untuk aku harini. Memandangkan nasib posting masih belum kunjung tiba, tunggu settle PRU barangkali, aku REDHA, aku BERSYUKUR, aku YAKIN dengan ketentuanNya. dan InshaaALLAH aku tidak akan cuba merungut. Aku yakin rezeki untuk anakku sentiasa ada. Dan sentiasa aku berdoa semoga urusan suamiku sebagai seorang anggota dipermudahkan dan sentiasa diberkatiNya, InshaaALLAH. . 

Esok suamiku pergerakan lagi. Rutin yang telah sebati dalam hidup kami. walapun adakalanya, hati memberontak , sentiasa ingin melihat dia di depan mata, apalah daya aku sebagai seorang isteri hanya mampu mendoakan keselamatannya walau di mana saja dia berada. 'Dia' , seorang suami, sahabat ketika aku gembira, menangis tertawa, sentiasa meminjamkan bahunya di saat aku putus asa,  menyeka air mata ku disaat aku tak berdaya, . . segala-galanya buat aku selain mak & abah. Terasa kuat untuk berada di tahap ini kerana dia. segala-galanya kerana dia. Alhamdulillah ♥

 BISNES

Alhamdulillah, harini masuk bulan baru untuk aku berUSAHA. Chaiyok Chaiyok . .♥ Beberapa bulan sebelum ini, agak kucar-kacir memandangkan kesihatan sendiri pun entah ke mana. Semuanya gara-gara orang baru KESAYANGAN kami. Tak sia-sia berehat, berikhtiar, baby pun dah masuk 4 bulan sekarang. Buat masa ini, alhamdulillah aku memang seronok berkecimpung dengan SHAKLEE sebab dengan status INDEPENDENT DISTRIBUTOR, banyak perkara yang aku belajar tentang kesihatan, amalan cara hidup sihat, semuanya aku perlu kaji & buat aku lebih faham tentang apa yang aku share pada semua orang. Banyak juga yang aku belajar tentang ragam manusia. aku YAKIN, semua yang berlaku atas kehendak Allah s.w.t. Bonus, untung runcit, semuanya aku tolak belakang kira, kerana aku mementingkan kepuasan. Alhamdulillah. rezeki kami sekeluarga semakin murah  
♥ USAHA DOA TAWAKAL = KEJAYAAN ♥

Wednesday, January 9, 2013

Katakan TIDAK pada JERAWAT.


Memandangkan ramai yang tanya tentang fungsi & kelebihan Vitamin E, meh sini Scya nak habaq mai sket Scya sendiri makan vitamin E untuk kesihatan juga, tapi yang penting nak cantikkan kulit juga,melambatkan kedutan dan apa-apa yang kurang tu bagi tambah la skit. Dah clear tak apa kelebihan pada vitamin E nih? Tak clear lagi..teruskan baca.

Vitamin E membantu meningkatkan kelembapan kulit, menjadikan kulit lebih anjal, bile pegang rasa WOWW.anjal gitu~ Untuk kulit yang sensitif or tersangat sensitif sangatlah bagus vitamin E. Sensitif nih maksudnya mudah berparut bile kene gigit nyamuk dan tak tahan dek sinaran sang suria.

Oh ye, kalau kurang makan vitamin E, kulit memang akan cepat BERKEDUT, sebab tu ada sesetengah orang umur masih muda tapi kulit dah di makan usia. samala dengan Scya sendiri, bila senyum sikit, nampak garis-garis halus bawah mata. OOHH TIDAK~

Vitamin E juga mampu memudarkan dan menghilangkan parut-parut di muka dan seluruh badan. So, kalau muka banyak parut jerawat Insyallah vitamin E bole bantu solve masalah cela di muka.

PS: Tak perlu nak amik vitamin E dalam sehari banyak-banyak nak dapatkan effect cepat. kesabaran tu perlu. Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU vitamin E dari sumber semulajadi. So tak perlu khuatir dari sumber mana. Plus ia juga mengandungi 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E tadi. So,anda yang sudah atau baru mula mencuba VITAMIN E ni, jangan jadi orang tamak, makan vitamin E secara sederhana je dah memadai. Sebiji sehari ok pe.

Selain untuk kecantikan vitamin E juga merupakan anti oksidan yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung,otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi paru-paru dan sistem imun tubuh.

So, sambil nak cantikkan kulit, kesihatan pun terjaga bukan? Apa lagi..klu korang rasa kulit tu banyak jerawat, tak cantik, berparut cuba petua cara moden nih pulak. Makan VITAMINS dari SHAKLEE !!!

Scya ada sediakan gambar tapi tak dapat upload lagi sebab server problem kot. So, boleh gambar tu kat FanPage VITAMINbyCikguGojess  di GENG 3 SERANGKAI SHAKLEE + ESP 

Dalam gambar tu, ada Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin B-Complex.  Kenapa ada vitamin C dan B compex? Sebab ketiga-tiga vitamin ini fungsi nya sama, so saling bantu membantu sekiranya diamalkan bersama. Bantu membantu dari segi apa? Dari aspek melambatkan penuaan, dan paling penting merawat masalah JERAWAT. Jadi tak salah rasanya untuk korang mempercantikkan diri, paling penting sikap anda sendiri, mahu cantik berusahalah ye. 

Berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini? Boleh dapatkan daripada saya, pengedar sah SHAKLEE anda. Terimas (^_~) 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Boleh hubungi saya melalui:
SMS: 012-9907049
Fanpage:
 www.facebook.com/JOMSIHATbyCikguGojess

 
 Coret-Coretan:
 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen

Tuesday, January 8, 2013

DOS CADANGAN PENGAMBILAN GLA & ALFAFA

Alhamdulillah
Hai semua. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Harini, suka untuk Scya berkongsi tentang berapa dos cadangan pengambilan GLA & Alfafa untuk mereka yang merancang untuk hamil. Memandangkan customer Scya sendiri mengalami hasrat yang sama, Scya telah mencadangkan agar mencuba dahulu GLA & Alfafa. KENAPA GLA COMPLEX & ALFAFA menjadi pilihan?

GLA COMPLEX
Ini adalah antara salah satu cadangan untuk membantu meningkatkan kesuburan.dapat mengurangkan simptom biasa seperti gatal, bengkak, mengelupas, kekeringan dan simptom sakit sendi. dapat mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol. berkesan untuk kemurungan, kesakitan payudara dan masalah berkaitan PMS. Ini adalah salah satu inisiatif untuk menyelesaikan masalah. setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Hanya cadangan. Yang penting usaha sungguh-sungguh, doa sungguh-sungguh.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5

ALFAFA

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5. Memberi kelegaan semasa haid
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan
20. membantu dalam hal-hal keoraganan wanita serta membantu menyelesaikan masalah keputihan dan sebagainya. 

DOS PENGAMBILAN GLA COMPLEX & ALFAFA

GLA (2 biji sehari: 1 pg & malam after meal)
Alfafa ( 3 biji after lunch)

P/S: GLA ni kalau kita makan utk tujuan preggy, hanya boleh makan dari hari pertama period hingga sehari sebelum hari kita subur. contohnya kalau cycle period oke je datang dalam 28 hari tepat, hari ke 13 tu stop dulu GLA. Then usaha gila-gila dengan en hubby.  bila next month tu tunggu dulu, kalau period datang, makan semula GLA hingga hari ke 13 macam biasa. tapi kalau period tidak teratur, haruslah makan setiap hari bg period stabil dahulu. hokek?

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-9907049
Fanpage:www.facebook.com/JOMSIHATbyCikguGojess
 
 Coret-Coretan:
 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen
PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE
Sila isi butiran di bawah.
  • - -
Powered byEMF Contact Form