Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, March 31, 2013

Dulu berdua, Kini bertiga. . INDAH kan [♥]

Hye peeps. .Assalamualaikum, Selamat pagi. . 

KAMI
 
Jam kini dah menunjukkan pukul 1.45 a.m. . . Mata masih terkebil-kebil. . Menikmati nikmat hidup yang ada. Sejuk dingin pagi. .  Haha [sigh] . . . Agak lama actually, aku tak berblogwalking, apatah lagi nak hupdate belog sendirik. . Malas maybe, tak idea pun ye jugak, anyway, pagi ni InshaaAllah, nak bukak buku baru . . Nak rerajin hupdate, orang baru dalam hidup kami berdua pun nampaknya menunjukkan progress yang positif, dah tak ganggu mummy dia dengan morning sickness yang giler2 teruk. .  Aduhai ♥  Tapi, itulah nikmat mengandung kan. . Im proud to be mummy ♥ yeah yeah

Bukan senang nak jadi senang. . Istilah yang paling sesuai untuk aku harini. Memandangkan nasib posting masih belum kunjung tiba, tunggu settle PRU barangkali, aku REDHA, aku BERSYUKUR, aku YAKIN dengan ketentuanNya. dan InshaaALLAH aku tidak akan cuba merungut. Aku yakin rezeki untuk anakku sentiasa ada. Dan sentiasa aku berdoa semoga urusan suamiku sebagai seorang anggota dipermudahkan dan sentiasa diberkatiNya, InshaaALLAH. . 

Esok suamiku pergerakan lagi. Rutin yang telah sebati dalam hidup kami. walapun adakalanya, hati memberontak , sentiasa ingin melihat dia di depan mata, apalah daya aku sebagai seorang isteri hanya mampu mendoakan keselamatannya walau di mana saja dia berada. 'Dia' , seorang suami, sahabat ketika aku gembira, menangis tertawa, sentiasa meminjamkan bahunya di saat aku putus asa,  menyeka air mata ku disaat aku tak berdaya, . . segala-galanya buat aku selain mak & abah. Terasa kuat untuk berada di tahap ini kerana dia. segala-galanya kerana dia. Alhamdulillah

 BISNES

Alhamdulillah, harini masuk bulan baru untuk aku berUSAHA. Chaiyok Chaiyok . .Beberapa bulan sebelum ini, agak kucar-kacir memandangkan kesihatan sendiri pun entah ke mana. Semuanya gara-gara orang baru KESAYANGAN kami. Tak sia-sia berehat, berikhtiar, baby pun dah masuk 4 bulan sekarang. Buat masa ini, alhamdulillah aku memang seronok berkecimpung dengan SHAKLEE sebab dengan status INDEPENDENT DISTRIBUTOR, banyak perkara yang aku belajar tentang kesihatan, amalan cara hidup sihat, semuanya aku perlu kaji & buat aku lebih faham tentang apa yang aku share pada semua orang. Banyak juga yang aku belajar tentang ragam manusia. aku YAKIN, semua yang berlaku atas kehendak Allah s.w.t. Bonus, untung runcit, semuanya aku tolak belakang kira, kerana aku mementingkan kepuasan. Alhamdulillah. rezeki kami sekeluarga semakin murah  
♥ USAHA DOA TAWAKAL = KEJAYAAN ♥
PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE
Sila isi butiran di bawah.
  • - -
Powered byEMF Contact Form