Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, December 30, 2012

GLA Complex SHAKLEE meningkatkan Kesuburan?

Hai Assalamualaikum semua~Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia. . wink wink~. . malam ni, Scya nak share tentang kelebihan dan khasiat GLA Complex lebih-lebih lagi bila mendengar berita gembira mereka yang berjaya mendapat cahaya mata sedangkan peluang untuk kita bersama pasangan belum kunjung tiba. Memang banyak cabarannya apatah lagi jika bertahun-tahun mencuba bukan?

GLA Complex lambang kesuburan

Antara kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni adalah:
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Membantu meningkatkan kesuburan
- Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
- Membantu dalam menangani menopus
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangai ekzema
- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- Menguatkan imuniti tubuh
- Memperlahankan proses penuaan
- Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
- Mengawal kencing manis dan darah tinggi
- Mengawal kolesterol
- Untuk fungsi saraf

 
  Ini adalah mereka-mereka yang telah berjaya hamil hasil dari usaha dan doa serta pengambilan supplement yang tepat. Mungkin boleh dijadikan panduan atau sebagai ikhtiar bagi suami isteri yang ingin mendapatkan cahayamataJom lihat testimoni daripada mereka yang telah berjaya hamil dengan GLA.

Testimoni daripada sis mashitah. . :)




Testimoni daripada sis izzati

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-9907049
Fanpage:www.facebook.com/JOMSIHATbyCikguGojess
 
 Coret-Coretan:
 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen

Saturday, December 29, 2012

Agen Oh Agen

Hai Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia. .

Harini Scya nak share tentang aktiviti permulaan sebagai orang baru dalam keluarga SHAKLEE. . Alhamdulillah seronok sangat-sangat, teruja pun ada, sihat pun dapat. . hehe. . Ramai yang memberi sokongan moral . . banyak juga blog-blog daripada seniors yang membantu dalam memberi input berguna. . dapat juga 'bekal' daripada keluarga SHAKLEE after mendaftar. . Sebagai orang baru, pastinya semangat berkobar-kobar kadang-kadang rasa tak cukup masa nak study semua perkara. Tapi alhamdulillah keluarga SHAKLEE sentiasa mengingatkan 'anak-anak'nya supaya sentiasa menyediakan santapan / makanan rohani. . SHAKLEE SHAKLEE juga, ilmu akhirat janganlah dilupa. .

Alhamdulillah, semalam member kit dari syarikat dah sampai. . so sekarang secara sahnya Scya dah berjaya mendaftar sebagai distributor SHAKLEE. . Hoyyee~ ID member pun Scya dah ada. . number yang cantik juga lah. . 924312 . . .suka-suka (^______^) seronok sangat tunjuk kat en suami. . maklumlah dia yang support. . tunjukkanlah semangat yang membara-bara tu. . hehehe

Dalam masa yang sama, untuk permulaan sebelum memasuki bulan baru iaitu Januari, beberapa persediaan telahpun Scya rancang dan telah pun laksanakan. . Antaranya menyediakan fail khas sebagai panduan mudah untuk rujukan. maknanya di sini, seandainya ada customer tetiba bertanya, bahan yang berkaitan telah pun scya sediakan secara ringkas. sticker untuk trial pack product pun telah disediakan. harap-harap cantiklah nanti bila di hasilkan. . CHECKLIST pun telah disediakan. antaranya seperti semakan perjalanan aktiviti harian selama sebulan, table untuk consultation, table untuk follow up & product knowledges. . semua ni perlu dikuasai sepenuhnya kerana terlalu banyak manfaatnya . . KENAPA pulak?~Jadilah ahli dulu, baru tahu. . haha

tadaaaaa~cover page untuk page Scya. .www.facebook.com/JOMSIHATbyCikguGojess
Alhamdulillah, untuk permulaan ni, untuk page di FB sendiri telah punya update terkini. Harapan Scya semoga segala sharing di page tu dapat memberi manfaat ke arah hidup yang lebih positif. 

 
Coret-Coretan:
 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen

Monday, December 24, 2012

Tidak akan di uji melebihi kemampuan hamba-Nya

Hye peeps. . Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Akhirnya, dalam situasi yang agak terkial-kial, akhirnya daku berjaya juga bina satu laman iaitu VITAMINbycikgugojess di Facebook dengan satu matlamat untuk berkongsi cara hidup sihat yang daku amalkan bersama SHAKLEE. Semoga niat suci murniku ini diberkati-Nya. Dalam doaku, aku sentiasa bermohon kepadaNya semoga dipermudahkan segala urusan yang ku lakukan.

Ya Allah Ya tuhanku, aku memohon pertolonganmu Ya Allah. Engkau permudahkanlah segala urusan yang ku lakukan ini. Berikanlah aku kesihatan yang baik untuk membolehkan aku terus berbuat Ibadat kepadaMu. Bukakanlah pintu rezekiku, suamiku,dan ibu bapaku.Jika benar ini adalah salah satu punca pendapatanku, Engkau dekatkanlah ia dengan jiwaku. Jauhkanlah aku daripada melakukan perkara yang mampu mengaibkan diriku dan keluargaku. Jauhkanlah aku daripada mereka yang berniat buruk terhadapku.Sesungguhnya Hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui segala apa yang tersembunyi. Aku hanya mampu berserah kepadaMu Ya Allah tuhan sekalian alam.

Ameen ya Rabbal 'Alameen. .

langkah pertama menuju ke gerbang jana pendapatan sambil hidup sihat

Jeng jeng jeng. . inilah dia SHAKLEE, satu syarikat yang membekalkan supplement yang terbaik dari ladang,berasaskan dari bahan semulajadi pulak tu, yang sedang daku dan En suami gunakan yang ingin daku kongsikan kepada semua yang membaca atau terbaca blog usangku ini. walaupun usang tapi penuh dengan rasa cinta tau. .huhu. credits to my kakak ipar kerana disebabkan beliau, daku mula jatuh cinta dengan SHAKLEE. credits to my lovely hubby Mr Kairul aka Chairol Van Persie Malaysia juga kerana telah memberikan sokongan moral yang pada mulanya memang nak tak nak je try product nie . memang susah nak yakinkan orang kan. mujur la wife dia pandai pujuk rayu. .lalala. . . love u sayanggg. .muahh muahh muahh muahhhh. .tapi yang sebenarnya, bukanlah pujuk rayu sangat cuma memang jelas beliau sendiri nampak perubahan-perubahan positif yang melanda diriku.
p/s: suami yang sayangkan isteri memang sentiasa memerhatikan kondusi isteri dia tau. .tips tips tips lagik. . hihi

Tapi ikhlas jujur daripada hati kecilku, daku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata manis, pandai menambat hati untuk berbisnes. bekalan yang di bawa hanyalah niat untuk berkongsi gaya hidup sihat yang baru ku temui. SHARING IS CARING  orang lain dah bertahun-tahun kenal , makan tido siap guling-guling lagi dengan SHAKLEE. daku baru nak kenal .  . aiyo~

Selamat berkenalan wahai SHAKLEE


Coret-Coretan:
 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen

Sunday, December 23, 2012

Scya.. Sila motivasikan diri anda. .

Kata-kata semangat untuk hari ini
Daku agak tertarik dengan petikan pada gambar di atas. Apa yang kita buat, itulah yang membezakan siapa diri kita dan apa yang kita mahu. Mungkin ianya adalah sesuatu yang terlalu simple untuk difikirkan tapi bagiku, setiap apa yang kita lakukan sekarang, sikap kita akan/amat mempengaruhi zaman akan datang kita. Yelah, siapa akan tahu, bagaimana diri kita pada 10, 20, 30 tahun akan datang. Kejayaan itu perlu dicari, bukan untuk dinanti. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Pengalaman hidup adalah segala-galanya. Pengalaman juga adalah guru yang paling berjaya. Mereka yang belajar dari pengalaman hidup pasti yakin, jatuh sekali tidak akan memberi apa-apa makna. hanya perlu bangkit dan terus bangkit untuk tiba ke destinasi. kecuali bagi mereka yang tidak belajar dari pengalaman sedia ada, sekali jatuh terus berasa serik. Tiba-tiba teringat dengan ayat ini:

Jangan fikir kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Jangan sombong, kedekut bila kita senang, sebabnya kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan. .:)

Dua kata-kata ini asyik bermain-main di minda. Bagiku, sesenang mananya kita, hiduplah dalam kesederhanaan. Sesungguhnya keberkatan dalam kehidupan adalah nikmat yang tidak terhingga.

Coret-Coretan:
 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen

. . Mencari Keserasian . .

Hye peeps, 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Malam ni seperti hari-hari sebelumnya, scya akan update blog (nampak beno menipunye, time rajin je update) tapi yang berbezanya update kali ini bukannya di dalam blog lama iaitu diarichenta.blogspot.com tetapi di dalam blog baharu iaitu blog cikgugojess.blogspot.com. Focus blog kali ini adalah lebih kepada bisnes. Almaklumlah, sebagai suri rumah sepenuh masa sementara, masa yang berlalu bagaikan air. Sedar tak sedar hampir dua bulan daku menganggur . Punya la syiok makan tido makan tido.  En suami pula agak keberatan nak membiarkan isteri keSAYANGan beliau ni kerja part time di luar sementara menunggu panggilan interview dan posting. Makanya post kali ini adalah langkah permulaan untuk Scya belajar berbisnes. Niat hati sebenarnya bukanlah nak berbisnes sangat, hanya sekadar ingin berkongsi cara hidup sihat yang Scya amalkan. wink wink. Walau bagaimana pun, blog ini masih di dalam proses penyelenggaraan. Sekian Terima kasih

♥ Saya Penganggur Sejati

Coret Coretan
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen

PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE
Sila isi butiran di bawah.
  • - -
Powered byEMF Contact Form