Kata-kata semangat untuk hari ini |
Daku agak tertarik dengan petikan pada gambar di atas. Apa yang kita buat, itulah yang membezakan siapa diri kita dan apa yang kita mahu. Mungkin ianya adalah sesuatu yang terlalu simple untuk difikirkan tapi bagiku, setiap apa yang kita lakukan sekarang, sikap kita akan/amat mempengaruhi zaman akan datang kita. Yelah, siapa akan tahu, bagaimana diri kita pada 10, 20, 30 tahun akan datang. Kejayaan itu perlu dicari, bukan untuk dinanti. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Pengalaman hidup adalah segala-galanya. Pengalaman juga adalah guru yang paling berjaya. Mereka yang belajar dari pengalaman hidup pasti yakin, jatuh sekali tidak akan memberi apa-apa makna. hanya perlu bangkit dan terus bangkit untuk tiba ke destinasi. kecuali bagi mereka yang tidak belajar dari pengalaman sedia ada, sekali jatuh terus berasa serik. Tiba-tiba teringat dengan ayat ini:
Jangan fikir kita lah orang yang paling hidup
susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Jangan sombong,
kedekut bila kita senang, sebabnya kita belum tahu bagaimana kita di
hari kita susah nanti. renung-renungkan. .:)
Dua kata-kata ini asyik bermain-main di minda. Bagiku, sesenang mananya kita, hiduplah dalam kesederhanaan. Sesungguhnya keberkatan dalam kehidupan adalah nikmat yang tidak terhingga.
Coret-Coretan:
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan
apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan.
Ameen
No comments:
Post a Comment
♥ isteri kesayangan ♥