Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, April 30, 2013

♥ S.u.r.p.r.i.s.E ♥

Assalamualaikum dan selamat malam semua. . 

Dah beberapa hari Scya meninggalkan belog. Banyak sangat cerita nak di kongsi bersama. TERUJA . Ahaks. . Tapi tak berkesempatan sebab seriously memang BZ. Dengan bisnes SHAKLEE yang makin hari alhamdulillah semakin memberansangkan. Syukur. . ♥ Rezeki baby

Firstly, Scya nak bagitahu yang adik Scya y selama ni study nurse kat Perak sudah pun dipanggil berkhidmat. Rezeki dia posting awal dari kakaknye. .kikiki. .So kalau ikutkan harini adalah hari pertama beliau beliau berkhidmat di Hospital Seremban, N9. .Gudluck babeh. . Syiokler kamu tak lama lagi merasa duit gaji yer. .hukhukhuk . .wink wink wink
 ( InshaaAllah masa saya juga akan tiba , enjoy dulu dgn kehidupan sekarang )

Seterusnya semalam g check up kt private clinic. My baby y shomel2 ni dah pun 21 weeks 4 days dengan berat beliau 417g. . And yang paling mengejutkan, Dr cakap ' tu tengok bebird dierrr'. 95% boboy~. wahh. .anak mummy ni boboy kerrrrrrrr. . .Selama ni duk panggil dia Arissa. . oh Arissa. .Siap dah sediakan nama untuk dia dah sebab ikut gerak hati sendirik gegirl. .aiyoo. Patutler nendang bukan main lagi. . Tak jadi la pakai nama Arissa Khayla binti Kairul Azhar. (JANGAN TIRUKKK) .kuikuikui. .  So ape lagi, balik umah tergolek terlentang carik nama yang best2 untuk boboy pulak. .sobsobsob. . Husband cakap dia suka sangat dengan UWAIS yang bermaksud pemberian. Just nak carik nama yang sesuai untuk dipadankan dengan nama UWAIS tu je. Ape lagi , mamanyer memang suka sangat bab nama ni. Cari punya carik, akhirnya. . ---> Ahmad Aqil Uwais bin Kairul Azhar. ok tak? Nanti leh panggil wise = patuh . .waahhh~ bukan main pasang angan-angan. . hahaha. . .

Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga selamanya InshaaAllah 

Wednesday, April 17, 2013

Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. .

Bila hati mengikat janji, aku yakin bahawa kaulah yang terbaik untukku.
Walau lama mana pun masa itu, walau jauh jarak memisahkan kita,
Kau tiada galang gantinya, tiada dua, tiada tiga. hanya kau yang satu

Hati mula rindu walaupun baru jam 3 tadi dia keluar dari rumah, tugas, siapa mampu menolaknya. Aku redha, aku pasrah walaupun badan rasa lemah. Kesan segelas air gula di klinik kesihatan tadi nampaknya mulai memberi impak. Berteguk-teguk air kosong ku telan untuk mengurangkan rasa tidak selesa itu. Hanya menghantar pemergiannya dengan ekor mata sahaja. Belum sempat dia membuka pintu, terusku bingkas bangun menuju ke arahnya. Sedih. Dan dia seakan memahami perasaanku. Jam tika itu baru menunjukkan pukul 2.30 petang. masih ada sedikit masa lagi untuk kami berbual-bual menghabiskan masa bersama seperti biasa. Hati sedikit lega. Dan amat berterima kasih  kepadanya kerana mengejutkan aku dari lena. 

Itulah rutinku sehari-harian. Menunggu kepulangan suamiku setiap hari. Maklumlah anggota, hanya berpangkat biasa, tetapi aku bangga dengannya. bukan kerana apa-apa. Hanya kerana aku isterinya. Dia suamiku. Dalam hati, aku sentiasa berdoa semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga. 

Terimbas kenangan dua tahun yang lepas, selepas perkahwinan, yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mengajar aku untuk berdiri di bumi yang nyata. Aku mulai memahami apakah erti kehidupan. Siapa aku sebenar. Suamiku adalah sahabat terbaikku. Dikala susah senang, dia tetap berdiri teguh denganku. Disaat aku tersasar dia sentiasa bersamaku, memimpin tanganku.Daripada duduk bersila dilantai, tidur beralaskan lengan berlapikkan toto nipis, sehinggalah kini walaupun tidaklah sesenang mana, nasib kami mulai berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. berkat sabar dan tenangnya kami berdua. Alhamdulillah. 

Selalunya sebelum tidur, si dia akan bersamaku, search berkaitan perkembangan bayi kami di dalam kandungan. Sambil menggosok perutku yang semakin menongkah langit, si dia akan berbual-bual dengan si kecik dalam perut. Syukur Ya Allah kerana aku dikurniakan insan-insan yang membahagiakan. Syukur Ya Allah. Jauhkanlah segala musibah, lindungilah keaiban kami sekeluarga, bukakanlah segala pintu rezeki buat kami, jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu.

Kini bayi dalam kandungan sudah mencecah 18 minggu  5 hari. Perut mulai rasa kesan tendangannya. Teruja. Siang tadi pun semasa check up di klinik kesihatan, aku diperdengarkan alunan yang amat mengasyikkan, degup jantungnya. laju, sayangnya suamiku tidak dibenarkan masuk. Tak mengapalah. . mungkin di lain masa, jika diizinkan, rezeki berlebih, bulan 5 ni kita check up di private clinic, kan. . Tidak sabar menanti saat kelahirannya. InshaaAllah. Semoga dia menjadi anak kebanggaan kami suami isteri. InshaaAllah.

Monday, April 8, 2013

Baby Oh Baby

Hye peeps. . Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menikmati segala nikmat dunia, menikmati segala kebahagiaan dengan yang tersayang. Harini dah 8 April 2013 dah pun, sekejap je masa berlalu. Diam tak diam dah lebih kurang 4 bulan menganggur daripada sebarang pekerjaan. Diam tak diam juga kandungan kini sudah mencecah 17 minggu, nak masuk ke 18 minggu. Alhamdulillah. Lihat, rezeki Allah, datang dalam pelbagai bentuk. Selain usaha, doa & tawakal, kita juga kenalah belajar untuk bersyukur kerana terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan kepada kita tanpa kita sedar. Alhamdulillah juga, rezeki dengan SHAKLEE semakin rancak. Syukur kerana atas kepercayaan customer, & harga yang Scya tawarkan berbaloi-baloi. Rezeki anak . Walaupun untung runcit tak banyak mana, tapi Scya hanya pentingkan kepercayaan & kepercayaan. Bila seseorang dapat manfaat dengan apa yang kita kongsikan, indah bukan perasaan tersebut. Alhamdulillah. .

Baby Oh Baby,
Bermula minggu ni, kami suami isteri dah pun mula membeli, survey2 barang baby. Biarlah orang kata tak elok beli awal ke apa, Kami lebih memahami situasi kewangan kami. maklumlah suami menanggung seorang. Sekurang-kurangnya beli awal sikit-sikit taklah terasa sangat. . Hehe. Bulan 5 ni nak konvo selama 3 hari di Putrajaya, banyak fulus yang bakal dikeluarkan, nak sewa jubah lagi, gambar, homestay, makan & sebagainya. Bulan 6 InshaaAllah bakal dipostingkan. Wahhh, kemana la agaknya diriku bersama bayi bakal di postingkan. Semoga dipermudahkan urusan kami. 3 bulan tanpa gaji tuuuuu. . Huhu. . Rumah, makan, segala macam. . Huhu. . Bulan 8 pula raya di Perak, nampaknya turn raya kali ni sebelah suami. Huhuhu. . Kalau ikutkan perbelanjaan tahun ni betul-betul lumayan . . :) Tapi saya yakin, kami suami isteri dapat tempuh cabaran ringan ini. InshaaAllah. So amik keputusan, grab sket-sket barang baby. Tadaaaaaaa. . Lihatlah penemuan pertama kami. .

comel tak?


Comel tak? Tilam baby. Kebetulan semalam jenjalan di bandar Raub, husband terjumpa tilam ni, lebih murah daripada tempat2 lain. Just RM99 je. Anak first kan. So ambik jerla, layan mood. Memang syiokk. .

Baby mummy & daddy, Hope the best for u, membesar dengan sihat & cergas ye sayang. Jadi anak kebanggaan kami nanti di dunia & akhirat. InshaaAllah amiin. .


K lah maybe sampai sini dulu entry untuk kali ni. Hujan lebat. seram lak nak melayan perasaan. Takut guruh. . hihihi

Bye2 Assalamualaikum 

Monday, April 1, 2013

Rahsia Kecantikan Wanita

Petikan dari Utusan On9 2007:

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Dulu ingat lagi masa zaman sekolah menengah, bukan main seronok lagi sang jerawat tumbuh di muka tanpa rasa malu. Tapi, bila usia dah up sikit si jeragat pulak yang tak segan silu bertandang. huhu..Kulit ni bukan satu isu yang remeh terutamanya bagi wanita, biasalah bab2 kecantikan ni wanita memang lebih sensitif berbanding lelaki. Bagi yang masih 'single and available' lagi lah risau kan bila kulit bermasalah. Scya sendiri tidak lari dari masalah kulit nie. . ada masa membiak2 pulak jerawat. . sakit benau hati nie. .Scya juga mengaku merupakan antara kaki beli bahan2 kosmetik yang menjanjikan kulit bersih dari sang 'J' . haishh~Kurang membantu juga, kalau ade pon effectnye sekejap aje.. bila terputus stok, bukan main gembira lagi si 'J' ni membiak. . (-____-'')

jadi kali ni Scya nk share tentang Vitamin yang boleh membantu kulit mulus .Pernah dengar, 'Kecantikan Sebenar Datang dari Dalam'? Apa yang kita makan, itu yang akan memberi kesan pada kesihatan, kecantikan kulit kita. Sebab tu la, pengambilan vitamin penting dalam diet harian. 

Set Kulit yang The BEST

TERBUKTI antara sebab ESP SHAKLEE sangat laris kerana mengandung protein rendah dengan indeks glisemik dan sgt penting utk pembentukan sel yang sihat)

PERHATIAN JUGA!!. . Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.

Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.

Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

KALAU NAK TAHU, our vitamin E from SHAKLEE is natural and complete with selenium which help vitamin E to work at optimum level)

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

KALAU NAK TAHU LAGI, kami ada Omega Guard.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Kami ada GLA ♥

Jika anda inginkan kulit yang bebas masalah,fair & flawless boleh lah mengamalkan makanan yang mengandung vitamin2 A, C, E, Zinc, GLA, protein. tapi bukan senang kan? Apakata cuba set kecantikan (vitamin) yang betul dari SHAKLEE sendiri yang terdiri daripada Vit E, B-Complex, GLA & ESP. . In Shaa Allah, anda akan mengalami perubahan sepertimana yang diidam-idamkan. .♥

sebarang pertanyaan, boleh hubungi Scya ya. .TQ :)

  These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Page       : CHANTEQUEbymommygojess 
FB           : Nurul Kairul
Whatsapp: 0129907049
 

Coret-Coretan:

 Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan-Mu, sehingga aku tidak meminta agar dipercepatkan apa yang Engkau tunda dan minta ditunda apa yang Engkau percepatkan. Ameen


PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE
Sila isi butiran di bawah.
  • - -
Powered byEMF Contact Form