Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, April 8, 2013

Baby Oh Baby

Hye peeps. . Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menikmati segala nikmat dunia, menikmati segala kebahagiaan dengan yang tersayang. Harini dah 8 April 2013 dah pun, sekejap je masa berlalu. Diam tak diam dah lebih kurang 4 bulan menganggur daripada sebarang pekerjaan. Diam tak diam juga kandungan kini sudah mencecah 17 minggu, nak masuk ke 18 minggu. Alhamdulillah. Lihat, rezeki Allah, datang dalam pelbagai bentuk. Selain usaha, doa & tawakal, kita juga kenalah belajar untuk bersyukur kerana terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan kepada kita tanpa kita sedar. Alhamdulillah juga, rezeki dengan SHAKLEE semakin rancak. Syukur kerana atas kepercayaan customer, & harga yang Scya tawarkan berbaloi-baloi. Rezeki anak . Walaupun untung runcit tak banyak mana, tapi Scya hanya pentingkan kepercayaan & kepercayaan. Bila seseorang dapat manfaat dengan apa yang kita kongsikan, indah bukan perasaan tersebut. Alhamdulillah. .

Baby Oh Baby,
Bermula minggu ni, kami suami isteri dah pun mula membeli, survey2 barang baby. Biarlah orang kata tak elok beli awal ke apa, Kami lebih memahami situasi kewangan kami. maklumlah suami menanggung seorang. Sekurang-kurangnya beli awal sikit-sikit taklah terasa sangat. . Hehe. Bulan 5 ni nak konvo selama 3 hari di Putrajaya, banyak fulus yang bakal dikeluarkan, nak sewa jubah lagi, gambar, homestay, makan & sebagainya. Bulan 6 InshaaAllah bakal dipostingkan. Wahhh, kemana la agaknya diriku bersama bayi bakal di postingkan. Semoga dipermudahkan urusan kami. 3 bulan tanpa gaji tuuuuu. . Huhu. . Rumah, makan, segala macam. . Huhu. . Bulan 8 pula raya di Perak, nampaknya turn raya kali ni sebelah suami. Huhuhu. . Kalau ikutkan perbelanjaan tahun ni betul-betul lumayan . . :) Tapi saya yakin, kami suami isteri dapat tempuh cabaran ringan ini. InshaaAllah. So amik keputusan, grab sket-sket barang baby. Tadaaaaaaa. . Lihatlah penemuan pertama kami. .

comel tak?


Comel tak? Tilam baby. Kebetulan semalam jenjalan di bandar Raub, husband terjumpa tilam ni, lebih murah daripada tempat2 lain. Just RM99 je. Anak first kan. So ambik jerla, layan mood. Memang syiokk. .

Baby mummy & daddy, Hope the best for u, membesar dengan sihat & cergas ye sayang. Jadi anak kebanggaan kami nanti di dunia & akhirat. InshaaAllah amiin. .


K lah maybe sampai sini dulu entry untuk kali ni. Hujan lebat. seram lak nak melayan perasaan. Takut guruh. . hihihi

Bye2 Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment

♥ isteri kesayangan ♥

PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE
Sila isi butiran di bawah.
  • - -
Powered byEMF Contact Form