Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, May 23, 2013

Jom Jana Pendapatan Bersama SHAKLEE



Nak JANA PENDAPATAN bukan susah sangat, yang penting FOKUS dan MINAT. Pertama yang paling penting, jadi dulu ahli Shaklee, jom hanya dengan mendaftar sebanyak RM75.

Hampir semua keistimewaan perniagaan online dari rumah ditawarkan oleh Shaklee:
  • buat duit secara part time dari rumah sambil menonton tv
  • perniagaan yang paling sesuai untuk golongan wanita
  • tak perlu kejar-kejar prospek
  • tak payah nak susah nak pergi kelas sampai tengah malam
  • tak payah korban hujung minggu jumpa client
  • boleh buat perniagaan sambil bermain dengan anak
  • masih boleh melayan suami walaupun berniaga
  • tak perlu jaja muka
  • tak perlu jaja mulut

Sambil layan anak, memasak pun boleh berSHAKLEE

Hanya perlu duduk di depan computer selama 2 jam sahaja. apa yang penting adalah:
  • benar-benar mahukan pendapatan ribu-ribu
  • fokus
  • 2 jam sehari minimum
  • Ada computer/smartphone
  • facebook/blog/twitter
YES ini saja yang diperlukan, dan paling penting untuk jadi ahli Shaklee dengan pendapatan lebih dari RM2000 perlulah sedia dibimbing. Perniagaan yang terbaik adalah apabila ada mentor, hanya tiru dan ikut apa yang mentor buat. bukan susah sangat, sambil-sambil tengok tv atau bersenda gurau bersama keluarga pun kita masih mampu buat. rasanya dah sampai masa saya dedahkan apa yang kami di OUR SHAKLEE BIZ (EKSLUSIF UTK YG TERPILIH SAHAJA) buat sampai boleh dapat pendapatan ribu-ribu sebulan, sehingga boleh berhenti kerja. Kami buat:

  1. update blog
  2. update fanpage di facebook
  3. update akaun facebook/twitter
  4. blog walking dan tinggalkan komen
Semua INFO dan ILMU di dalam group tu PERCUMA untuk ahli yang SAH BERDAFTAR dengan KAMI SAHAJA. PERCUMA ye. Sekarang ni takde bende free. tapi info-info di dalam tu FREE. Hanya perlu rajin cedok je segala ilmu di dalamnya. hehe. Yang pasti. YOU WONT BE ALONE. Anda ada 'famili JUTAWAN di alam maya  yang sama-sama membantu susah senang. INsyaALLAH.
Apa ? Tak percaya? Percayalah itu saja yang kami buat, saya pasti dikalangan anda pun buat 4 benda yang saya senaraikan ni, paling tak pun update status kan? kan? 

Senang macam makan kacang. Semua kami ajar secara percuma, yang penting anda nak belajar dan nak buat.
jangan biarkan impian korang nak pergi umrah, nak pergi bercuti luar negara, nak punya rumah besar, nak sekolahkan anak-anak di sekolah swasta impian, nak bagi duit banyak-banyak kat parents terkubur begitu sahaja. sedangkan kita ada pilihan samaada nak kejar dan capai impian atau biarkan impian hanyut ke loji. we design our life, jangan auto pilot. tekan button start, dan hidup kita akan will follow the flow. NO, kita perlu pilih dan decide kehidupan macam mana yang kita nak. 

jadi ahli Shaklee adalah salah satu jalannya, insyaallah jika benar-benar fokus, bukan sekadar ribu-ribu, ratus ribu pun boleh dapat. jom kaya, kaya! kaya bukan penuhi nafsu kita semata-mata, tapi untuk menyumbang pada mereka yang lebih memerlukan. membolehkan kita kumpul saham akhirat banyak-banyak.

Jom apa tunggu lagi. JOm sertai kami. 
Pertanyaan & maklumat lanjut berkaitan supplement SHAKLEE: Fb 1: Nurul Kairul | Fb 2: Cekgu Scya | 0129907049 | ym.scha@yahoo.com | cikgugojess.blogspot.comcikgugojess.blogspot.com

Sunday, May 5, 2013

5 Perkara Asas untuk Menjayakan Penyusuan

Tips Breastfeeding- 5 Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu


Nak tahu tak 5 Tips Breastfeeding yang membuatkan anda dapat susu mencurah- curah sampai basah baju, susu memancut- mancut, fridge penuh sampai terpaksa beli deep freezer etc. Siapa- siapa yang jaga 5 tips breastfeeding ni, insya-Allah dapat hasil yang di ingini. Yang main hentam je, susah la nak dapat susu melimpah ruah tu. 

  1. Amalkan Pemakanan Berzat dan Nutrisi Seimbang
    * Pastikan anda kurangkan makanan rapu, minuman berkafein
    * Amalkan Set Breastfeeding Shaklee untuk membantu top -up kan zat dan nutrisi yang tak cukup yg menyebabkan penghasilan susu jadi merudum

  2. Emosi yang happy dan stabil
    * flow susu hanya boleh jadi lancar kalau kita tenang, relax dan happy
    * Sebab tu salah satu cara utk happy adalah dgn tengok gambar anak semasa pam susu ;)
    * Pengambilan Set Breastfeeding Shaklee yang mengandungi B Complex yang membantu merangsang hormon serotonin, sejenis hormon happy

  3. Pengambilan air minimum 3 liter sehari
    * salah satu komponen utama breast milk adalah air. Nama pun susu, liquid, cecair kan?
    * Jadi kalau air tak cukup 3 liter, makan lah vitamin apa pun, milk booster apa pun, susu tetap takkan melimpah ruah

  4. Kekerapan pam/ breastfeed 2 atau 3 jam sekali
    * breast kita perlu di rangsang utk menghasilkan susu. Bukan takat jaga makan je
    * Lagi kerap dirangsang, lagi banyak susu dihasilkan. Konsep supply and demand.
    * Kalau baby dah reject direct feeding, rangsang dengan cara pam breast setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau rasa low lagi, buat power pumping
  5.  
  6. Doa kepada Allah yang menganugerahkan rezeki menyusukan anak hingga 2 tahun+
    * sentiasa ingat, setiap yang bernyawa kat dunia ni, Allah yang tentukan rezeki dia
    * jadi, kalau nak rezeki melimpah ruah, kena dekatkan diri kepada Allah dengan sungguh- sungguh. Berdoa lah penuh pengharapan

✿JOM CUBA SET EXTRA MILK (3M) BERSAMA CHANTEQUEbymommygojess✿

✿ SOALAN² HOT TENTANG SET EXTRA MILK (3M) CHANTEQUEbymommygojess✿



Disebabkan kehangatan Set Extra Milk (3M), kami hampir tak menang tangan untuk menjawab pertanyaan daripada anda ❤

Di bawah adalah 10 soalan² PALING HOT yang kami terima ツ

1. Berapa harga Set Extra Milk (3M) yer?
[✔] Harga Set Extra Milk BH hanya RM450. Sekiranya inginkan harga ISTIMEWA, boleh SMS "ExtraMilk(3M)" ke 012-9907049 ataupun tinggalkan message di page (www.fb.com/messages/nurul.cayrol) ❤ ataupun daftar sebagai ahli. Dengan hanya daftar RM75.00, anda berpeluang mendapat
DISCOUNT BERGANDA-GANDA untuk pembelian set penuh Extra Milk (3M) dan juga produk Shaklee yang lain.

2. Berapa lama satu Set Extra Milk (3M) boleh bertahan?
[✔] Set lengkap Extra Milk (3M) boleh bertahan selama 4 bulan. Ini bermakna anda hanya laburkan RM112.50 sebulan ツ

3. Apa ada dalam Set Extra Milk (3M) nih?
[✔] B Complex
[✔] Vitalea [Iron formulated Multi-Vitamin, pemberi tenaga untuk ibu BF yang sering keletihan]
[✔] Alfalfa [Bagus untuk anak jaundice]
[✔] Ostematrix (Calcium) [Penting untuk mengelakkan susu merudum semasa period!]
[✔] Vitamin C [Temporary out of stock]
[✔] Energizing Soy Protein [Optional]

4. Confirm ke Set Extra Milk (3M) boleh membantu saya untuk mendapat susu melimpah ruah sampai memancut-mancut?
[✔] Setakat ini Alhamdulillah 99% customer kami berpuas hati dengan Set Extra Milk (3M) kami. Selain mendapat hasil susu yang LEBAT, ramai yang berasa lebih BERTENAGA untuk melayan suami dan anak. Tak kurang juga ada suami yang memuji isteri mereka makin MENGANCAM serta MENAWAN selepas mengambil Set Extra Milk (3M) ❤

5. Set Extra Milk BH nih dalam bentuk PIL ke SERBUK?
[✔] Semua supplement dalam Set Extra Milk (3M) adalah dalam bentuk PIL. Hanya Energizing Soy Protein dalam bentuk serbuk dan boleh dicampurkan dalam minuman kegemaran anda ツ

6. Haa... Energizing Soy Protein tu apa benda pulak yer?
[✔] Energizing Soy Protein (ESP) adalah sejenis SERBUK minuman yang boleh diminum sendiri ataupun dicampur dengan minuman kegemaran anda ツ
Antara kelebihan ESP:
[✔] Sebagai ENERGY BOOSTER. Kalau minum waktu pagi, insya-Allah sampai ke petang pun tak lapar. Akan rasa sangat energized! Sangat penting untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak
[✔] Susu badan makin PEKAT sebab kandungan protein yang tinggi di dalam ESP dan merupakan komponen utama di dalam susu badan
[✔] Membantu mempercepatkan 'healing proses' untuk luka-luka selepas bersalin
[✔] Kulit makin BERSERI-SERI sebab ESP membantu proses mengantikan sel-sel kulit yang dah mati (disebabkan kandungan protein di dalam ESP)

7. Saya masih pregnent, boleh ker saya nak guna Set Extra Milk (3M) nih?
[✔] Takde masalah malah sangat BAGUS untuk mengamalkan supplement dalam Set Extra Milk (3M) sejak mengandung sampailah dah bersalin sebab bayi di dalam kandungan juga memerlukan nutrisi yang TERBAIK dari si ibu ❤

9. Erm, apakah kebaikan yang bakal saya peroleh apabila membeli dengan pihak CHANTEQUEbymommygojess?
[✔] Harga yang kami tawarkan sebenarnya adalah sangat BERBALOI-BALOI kerana anda akan mendapat BONUS berikut:
➀ Jemputan EXCLUSIVE menyertai support group "SHAKLEE GOLDEN LOUNGE" di mana saya dan rakan² akan berkongsi TIPS dan RAHSIA untuk memastikan susu badan sentiasa memancut-mancut!
➁ Consultation PERCUMA daripada saya via SMS, Whatsapp, Facebook Message dan juga CALL. Saya akan berusaha sehabis baik untuk memastikan anda berjaya menyusu dengan BAHAGIA ❤

10. Saya berminat! Macam mana nak order? Boleh PM saya?
[✔] Nak order MUDAH sangat. SMS jer "ExtraMilk(3M)" ke 012-9907049 ataupun tinggalkan message di page (www.fb.com/messages/nurul.cayrol). Maaf sangat sebab kami tak dapat nak PM anda di Facebook melainkan anda PM kami dulu 


sekian,
Mommy Uwais 
Agen SHAKLEE anda

Thursday, May 2, 2013

Sihat, Cergas, Ceria

Hai peeps, assalamualaikum & selamat malam.

Macam mana cuaca di kawasan u alls? Alhamdulillah sejak dua menjak ni, bumi Lipis mendung, sejuk, tak lagi panas macam bulan lepas. Dingin je. Tapi walaupun mendung kain di jemuran still kering. .ngeee~. .Seronok betoi tergolek2 sensorang depan tv memalam. Sejukk. .Huhuhu. . Husband pulak sejak seminggu kebelakangan ni dah mula ronda malam. Keluar rumah pukul kul 9 malam sampailah 1-2 pagi. Maybe PRU tak lama lagi kot. Tak apelah, yang penting perjalanan beliau sentiasa selamat & diberkatiNya. No hal la kebetulan pulak sejak dua menjak ni memang mata sangat terang lagi-lagi bila pukul 10 malam menjelang. Berasa betul si tecik Uwais ni menendang. Itulah nikmat ibu mengandung kan. . Tak sabar nak peluk baby Uwais. .

Alhamdulillah syukur sangat-sangat, sejak dua menjak ni kesihatan semakin baik. Tiada lagi morning sickness, kalau angkat beban pun dah boleh tapi sentiasa berjaga-jaga takut sejarah lama berulang lagi. Kalau diingat-ingat kembali, fobia, stress. Maklumlah pernah keguguran dua kali sebelum ni & scya takut sangat sejarah bakal berulang. Tapi walau apapun, think positive selalu kan. . Mudah2an baby kali ni kuat. .InshaaAllah. Kerja rumah pun alhamdulillah dah boleh buat juga sekarang. Masak pun dah tak macam dulu, sentiasa ada masakan. WAJIB. tak makan dah makanan kedai. Cuba u alls bayangkan, sepanjang awal kehamilan baru2 ni, scya langsung tak dibenarkan memasak, basuh baju, kemas rumah. Semuanya husband settlekan. Husband lebih sanggup beli makanan luar. Kononnya risaukan kesihatan saya. Tapi sekarang alhamdulillah, sarapan siap lunch siap, minum petang ada, dinner pun ada.  Alhamdulillah. Seronok bila tengok husband kenyang sebab makan masakan kita kan. :) Syukur kerana kurniakan kesihatan kepadaku Ya Allah. Betul orang kata, hanya apabila kita sakit, kita akan begitu mengharapkan nikmat sihat.

Oppss lupa nak bagitau, mungkin mulai harini Scya akan merajinkan diri untuk buat blog . .pss. .itu pun sebab request dari husband. Dia cakap, aktifkan la diri buat blog, nak baca apa yang saya lalui sepanjang hari setiap hari. . kalau boleh dia nak tengok diari ini aktif sepanjang tempoh kehamilan kali ni. . wahhhh~. . Terasa terharu. . 

Buat abang, terima kasih atas segala perhatian yang abang berikan kepada sayang. Sayang bersyukur kerana dipertemukan dengan abang. Sayang juga bersyukur kerana abang sentiasa menerima baik buruk sayang seadanya. InshaaAllah semoga jodoh kita kekal hingga ke syurga. Ameen

isteri yang sentiasa menyayangi & menyanjungimu,
Mommy Ahmad Aqil Uwais



Tuesday, April 30, 2013

♥ S.u.r.p.r.i.s.E ♥

Assalamualaikum dan selamat malam semua. . 

Dah beberapa hari Scya meninggalkan belog. Banyak sangat cerita nak di kongsi bersama. TERUJA . Ahaks. . Tapi tak berkesempatan sebab seriously memang BZ. Dengan bisnes SHAKLEE yang makin hari alhamdulillah semakin memberansangkan. Syukur. . ♥ Rezeki baby

Firstly, Scya nak bagitahu yang adik Scya y selama ni study nurse kat Perak sudah pun dipanggil berkhidmat. Rezeki dia posting awal dari kakaknye. .kikiki. .So kalau ikutkan harini adalah hari pertama beliau beliau berkhidmat di Hospital Seremban, N9. .Gudluck babeh. . Syiokler kamu tak lama lagi merasa duit gaji yer. .hukhukhuk . .wink wink wink
 ( InshaaAllah masa saya juga akan tiba , enjoy dulu dgn kehidupan sekarang )

Seterusnya semalam g check up kt private clinic. My baby y shomel2 ni dah pun 21 weeks 4 days dengan berat beliau 417g. . And yang paling mengejutkan, Dr cakap ' tu tengok bebird dierrr'. 95% boboy~. wahh. .anak mummy ni boboy kerrrrrrrr. . .Selama ni duk panggil dia Arissa. . oh Arissa. .Siap dah sediakan nama untuk dia dah sebab ikut gerak hati sendirik gegirl. .aiyoo. Patutler nendang bukan main lagi. . Tak jadi la pakai nama Arissa Khayla binti Kairul Azhar. (JANGAN TIRUKKK) .kuikuikui. .  So ape lagi, balik umah tergolek terlentang carik nama yang best2 untuk boboy pulak. .sobsobsob. . Husband cakap dia suka sangat dengan UWAIS yang bermaksud pemberian. Just nak carik nama yang sesuai untuk dipadankan dengan nama UWAIS tu je. Ape lagi , mamanyer memang suka sangat bab nama ni. Cari punya carik, akhirnya. . ---> Ahmad Aqil Uwais bin Kairul Azhar. ok tak? Nanti leh panggil wise = patuh . .waahhh~ bukan main pasang angan-angan. . hahaha. . .

Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga selamanya InshaaAllah 

Wednesday, April 17, 2013

Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. .

Bila hati mengikat janji, aku yakin bahawa kaulah yang terbaik untukku.
Walau lama mana pun masa itu, walau jauh jarak memisahkan kita,
Kau tiada galang gantinya, tiada dua, tiada tiga. hanya kau yang satu

Hati mula rindu walaupun baru jam 3 tadi dia keluar dari rumah, tugas, siapa mampu menolaknya. Aku redha, aku pasrah walaupun badan rasa lemah. Kesan segelas air gula di klinik kesihatan tadi nampaknya mulai memberi impak. Berteguk-teguk air kosong ku telan untuk mengurangkan rasa tidak selesa itu. Hanya menghantar pemergiannya dengan ekor mata sahaja. Belum sempat dia membuka pintu, terusku bingkas bangun menuju ke arahnya. Sedih. Dan dia seakan memahami perasaanku. Jam tika itu baru menunjukkan pukul 2.30 petang. masih ada sedikit masa lagi untuk kami berbual-bual menghabiskan masa bersama seperti biasa. Hati sedikit lega. Dan amat berterima kasih  kepadanya kerana mengejutkan aku dari lena. 

Itulah rutinku sehari-harian. Menunggu kepulangan suamiku setiap hari. Maklumlah anggota, hanya berpangkat biasa, tetapi aku bangga dengannya. bukan kerana apa-apa. Hanya kerana aku isterinya. Dia suamiku. Dalam hati, aku sentiasa berdoa semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga. 

Terimbas kenangan dua tahun yang lepas, selepas perkahwinan, yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mengajar aku untuk berdiri di bumi yang nyata. Aku mulai memahami apakah erti kehidupan. Siapa aku sebenar. Suamiku adalah sahabat terbaikku. Dikala susah senang, dia tetap berdiri teguh denganku. Disaat aku tersasar dia sentiasa bersamaku, memimpin tanganku.Daripada duduk bersila dilantai, tidur beralaskan lengan berlapikkan toto nipis, sehinggalah kini walaupun tidaklah sesenang mana, nasib kami mulai berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. berkat sabar dan tenangnya kami berdua. Alhamdulillah. 

Selalunya sebelum tidur, si dia akan bersamaku, search berkaitan perkembangan bayi kami di dalam kandungan. Sambil menggosok perutku yang semakin menongkah langit, si dia akan berbual-bual dengan si kecik dalam perut. Syukur Ya Allah kerana aku dikurniakan insan-insan yang membahagiakan. Syukur Ya Allah. Jauhkanlah segala musibah, lindungilah keaiban kami sekeluarga, bukakanlah segala pintu rezeki buat kami, jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu.

Kini bayi dalam kandungan sudah mencecah 18 minggu  5 hari. Perut mulai rasa kesan tendangannya. Teruja. Siang tadi pun semasa check up di klinik kesihatan, aku diperdengarkan alunan yang amat mengasyikkan, degup jantungnya. laju, sayangnya suamiku tidak dibenarkan masuk. Tak mengapalah. . mungkin di lain masa, jika diizinkan, rezeki berlebih, bulan 5 ni kita check up di private clinic, kan. . Tidak sabar menanti saat kelahirannya. InshaaAllah. Semoga dia menjadi anak kebanggaan kami suami isteri. InshaaAllah.

Monday, April 8, 2013

Baby Oh Baby

Hye peeps. . Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menikmati segala nikmat dunia, menikmati segala kebahagiaan dengan yang tersayang. Harini dah 8 April 2013 dah pun, sekejap je masa berlalu. Diam tak diam dah lebih kurang 4 bulan menganggur daripada sebarang pekerjaan. Diam tak diam juga kandungan kini sudah mencecah 17 minggu, nak masuk ke 18 minggu. Alhamdulillah. Lihat, rezeki Allah, datang dalam pelbagai bentuk. Selain usaha, doa & tawakal, kita juga kenalah belajar untuk bersyukur kerana terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan kepada kita tanpa kita sedar. Alhamdulillah juga, rezeki dengan SHAKLEE semakin rancak. Syukur kerana atas kepercayaan customer, & harga yang Scya tawarkan berbaloi-baloi. Rezeki anak . Walaupun untung runcit tak banyak mana, tapi Scya hanya pentingkan kepercayaan & kepercayaan. Bila seseorang dapat manfaat dengan apa yang kita kongsikan, indah bukan perasaan tersebut. Alhamdulillah. .

Baby Oh Baby,
Bermula minggu ni, kami suami isteri dah pun mula membeli, survey2 barang baby. Biarlah orang kata tak elok beli awal ke apa, Kami lebih memahami situasi kewangan kami. maklumlah suami menanggung seorang. Sekurang-kurangnya beli awal sikit-sikit taklah terasa sangat. . Hehe. Bulan 5 ni nak konvo selama 3 hari di Putrajaya, banyak fulus yang bakal dikeluarkan, nak sewa jubah lagi, gambar, homestay, makan & sebagainya. Bulan 6 InshaaAllah bakal dipostingkan. Wahhh, kemana la agaknya diriku bersama bayi bakal di postingkan. Semoga dipermudahkan urusan kami. 3 bulan tanpa gaji tuuuuu. . Huhu. . Rumah, makan, segala macam. . Huhu. . Bulan 8 pula raya di Perak, nampaknya turn raya kali ni sebelah suami. Huhuhu. . Kalau ikutkan perbelanjaan tahun ni betul-betul lumayan . . :) Tapi saya yakin, kami suami isteri dapat tempuh cabaran ringan ini. InshaaAllah. So amik keputusan, grab sket-sket barang baby. Tadaaaaaaa. . Lihatlah penemuan pertama kami. .

comel tak?


Comel tak? Tilam baby. Kebetulan semalam jenjalan di bandar Raub, husband terjumpa tilam ni, lebih murah daripada tempat2 lain. Just RM99 je. Anak first kan. So ambik jerla, layan mood. Memang syiokk. .

Baby mummy & daddy, Hope the best for u, membesar dengan sihat & cergas ye sayang. Jadi anak kebanggaan kami nanti di dunia & akhirat. InshaaAllah amiin. .


K lah maybe sampai sini dulu entry untuk kali ni. Hujan lebat. seram lak nak melayan perasaan. Takut guruh. . hihihi

Bye2 Assalamualaikum 
PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE
Sila isi butiran di bawah.
  • - -
Powered byEMF Contact Form