Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, April 17, 2013

Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. .

Bila hati mengikat janji, aku yakin bahawa kaulah yang terbaik untukku.
Walau lama mana pun masa itu, walau jauh jarak memisahkan kita,
Kau tiada galang gantinya, tiada dua, tiada tiga. hanya kau yang satu

Hati mula rindu walaupun baru jam 3 tadi dia keluar dari rumah, tugas, siapa mampu menolaknya. Aku redha, aku pasrah walaupun badan rasa lemah. Kesan segelas air gula di klinik kesihatan tadi nampaknya mulai memberi impak. Berteguk-teguk air kosong ku telan untuk mengurangkan rasa tidak selesa itu. Hanya menghantar pemergiannya dengan ekor mata sahaja. Belum sempat dia membuka pintu, terusku bingkas bangun menuju ke arahnya. Sedih. Dan dia seakan memahami perasaanku. Jam tika itu baru menunjukkan pukul 2.30 petang. masih ada sedikit masa lagi untuk kami berbual-bual menghabiskan masa bersama seperti biasa. Hati sedikit lega. Dan amat berterima kasih  kepadanya kerana mengejutkan aku dari lena. 

Itulah rutinku sehari-harian. Menunggu kepulangan suamiku setiap hari. Maklumlah anggota, hanya berpangkat biasa, tetapi aku bangga dengannya. bukan kerana apa-apa. Hanya kerana aku isterinya. Dia suamiku. Dalam hati, aku sentiasa berdoa semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga. 

Terimbas kenangan dua tahun yang lepas, selepas perkahwinan, yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mengajar aku untuk berdiri di bumi yang nyata. Aku mulai memahami apakah erti kehidupan. Siapa aku sebenar. Suamiku adalah sahabat terbaikku. Dikala susah senang, dia tetap berdiri teguh denganku. Disaat aku tersasar dia sentiasa bersamaku, memimpin tanganku.Daripada duduk bersila dilantai, tidur beralaskan lengan berlapikkan toto nipis, sehinggalah kini walaupun tidaklah sesenang mana, nasib kami mulai berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. berkat sabar dan tenangnya kami berdua. Alhamdulillah. 

Selalunya sebelum tidur, si dia akan bersamaku, search berkaitan perkembangan bayi kami di dalam kandungan. Sambil menggosok perutku yang semakin menongkah langit, si dia akan berbual-bual dengan si kecik dalam perut. Syukur Ya Allah kerana aku dikurniakan insan-insan yang membahagiakan. Syukur Ya Allah. Jauhkanlah segala musibah, lindungilah keaiban kami sekeluarga, bukakanlah segala pintu rezeki buat kami, jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu.

Kini bayi dalam kandungan sudah mencecah 18 minggu  5 hari. Perut mulai rasa kesan tendangannya. Teruja. Siang tadi pun semasa check up di klinik kesihatan, aku diperdengarkan alunan yang amat mengasyikkan, degup jantungnya. laju, sayangnya suamiku tidak dibenarkan masuk. Tak mengapalah. . mungkin di lain masa, jika diizinkan, rezeki berlebih, bulan 5 ni kita check up di private clinic, kan. . Tidak sabar menanti saat kelahirannya. InshaaAllah. Semoga dia menjadi anak kebanggaan kami suami isteri. InshaaAllah.

No comments:

Post a Comment

♥ isteri kesayangan ♥

PENDAFTARAN KEAHLIAN SHAKLEE
Sila isi butiran di bawah.
  • - -
Powered byEMF Contact Form